Kelas Asas Membuat Google Form

30 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 29 November 2020 pada hari Ahad, pada pukul 12 tengahari Pusat Internet Komuniti Niah Suai telah mengadakan Kelas Membuat Google Form. Kelas ini bertempat di bilik Latihan Pusat Internet Komuniti Niah Suai.

Kelas ini dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah menengah. Didalam kelas ini para pelajar diajar untuk membuat Google Form. Sebelum kelas bermula, para pelajar yang menyertai kelas ini diminta untuk log masuk ke akaun Gmail masing-masing sebelum kelas bermula. Staff Pusat Internet terlebih dahulu menerangkan kegunaan dan cara membuat Google Form. Selepas itu, para pelajar yang menyertai kelas ini diminta untuk membuat sebuah Google Form mengikut citarasa masing-masing.

Didalam kelas ini juga, para pelajar dinasihati tidak memasukkan atau memberikan katalaluan ketika mengisi borang atas talian pada Google Form ini. Para pelajar juga dinasihati tidak menyalahgunakan Google Form ini untuk mendapatkan data peribadi individu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali